Thursday, August 20, 2009


Salam dan selamat menyambut kedatangan bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak...semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini, sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan keimanan yang teguh yea...kepada yang posenye tak berape nak menjadi pada tahun lepas, jangan segan silu pada tahun ini teguhkanlah iman anda semua...tak ganti nanti berbakul-bakul kene bayar...dengan cabaran yang mendatang, isu selesema babi, exam, p&p, pencerapan dan sebagainya mampu untuk menggoyangkan iman yang sebenarnya memang teguh dan utuh...manakala aidilfitri yang bakal menjelma, keseronokan terasa amat terbatas apabila memikirkan pendapatan yang bakal melayang tak tentu hala!...egege...hiarkkkk!...selamat berpuase kepada the Guanorian Communities!...guano0o0oo00r...

Thursday, August 13, 2009

Berakhirnya...suatu perjuangan...egege





Berakhirnya perjuangan dramatik dan fantastik pasukan Guanor FC dikaki pasukan Uniten yang memecah keheningan petang, dengan layangan kad kuning dan kad merah kepada en.Gus Dur, dimana tackle yang agak mantop yang membawa kepada kaki lawan patah lapan!..sejurus kemudian, pasukan lawan bermain agak segan silu dimana agak takut jugak mereka menjaga kaki dari dibaham pasukan Guanor!...akibatnya, perlawanan yang hebat disaksikan oleh scout (pencari bakat) Wollogong FC terpegun dan beberapa nama seperti Comat, K-roll, en.Zee-Zeer, en.Gus Dur telah menarik perhatian...en.Zain juga berjaya dalm cobaannya membaling bola dengan betul dimana beberapa kali cobaannya menemui ketraumaan yang mencabar...dipendekkan cerita, pasukan Guanor FC telah berjaya ditewaskan dengan jaringan yang tak perlu disebutkan disini bagi menjaga hati dan air muka semua pihak...terima kasih pihak pengurusan, para penaja dan para penyokong yang memberikan semangat yang positif mahupun negatif...akhir kata, majulah sukan untuk the Guanorian Communities!...kite jupo tahun depe!

Perlawanan FINAL hidup mati Guanor FC...


Kawan-kawan, para supporters, peminat, yang tengok gitu-gitu je mahupun yang memberi sokongan penuh dramatik dan fanatik, pihak pengurusan, kapten pasukan, para penaja, terutama makcik gerai no.4 CRK, jangan lupo menyaksikan 'kehebatan' pasukan Guanor FC akan berentap dan tersentap dengan pasukan Uniten pada petang ini jam 5, Stadium Nasional Muadzam Shah (A)...harapan agak perlawanan petang ini, pasukan Guanor FC tidak dijadikan sebagai lauk pauk tambahan seperti mana rentapan F40 tempohari...kepada comat, lipatan gunting demo menjadi impian, en.zee-zeer, berhungga deras merentas desa, jgn buat u-turn, k-roll, jage otot jgn kuyak, shah, jgn gelek byk2 taw, x-wadi, terbanglah...egege...ayuhlah!...hiarkhhhh!!

Wednesday, August 12, 2009

The Guanorian Communities continues...



Komuniti guanor kini kembali..dengan adegan-adegan panaz, sumbang saran dan juga tahap kesumbatan yang agak parah...dengan comat yang kecewa sehingga terlalu kecewa, disebabkan keadaan semasa, tertekan akibat ditekan oleh mereka-mereka yang berkenaan, menyebabkan comat kini dalam dilema...dialog yang sering terngiang-ngiang dilobang telinganya, "SAYA KECEWA" membuatkan comat menjadi-jadi sumbatnya...kesian...akan tetapi, comat mempunyai komuniti yang membuatkannya benar-benar hidup dalam...technosumbat!!..syabas!...hidup guanor!hidup guanta!hidup guanorbrembo!..egege(tengah sumbat!)

Monday, August 10, 2009

Kehebatan Guanor FC a.k.a MZMS United (M.U)...?




Berdasarkan prestasi semasa, pasukan Guanor FC a.k.a MZMS United (M.U) yang pertama kali memasuki liga paling kompetetif Muadzam, Liga Super Muadzam Shah, telah berjaya meyakinkan pihak pengurusan, penyokong setia dan agak fanatik serta beberapa penaja berpotensi bahawa pasukan ini mampu untuk pergi lebih jauh dan maju jayanya apabila berjaya mencatatkan beberapa keputusan agak memberangsangkan dengan 1 seri dan 4 kekalahan yang bermaruah.....terbaru, pada 10/8/09 jam 5 ptg, pasukan Guanor sebagai tuan rumah, berjaya ditewaskan oleh pasukan N40 yang juga juara bertahan, dengan jaringan bersejarah liga, sebanyak...13 berbalas KOSONG!!!...yakin boleh!...Guanor FC a.k.a M.U boleh!!...yeah!!...majulah sukan untuk The Guanorian Communities!

Sunday, August 9, 2009

Selesema Babi Influenza A H1N1 serang Muadzam Shah!!


Selesema babi menular ke kawasan Muadzam Shah dengan dilaporkan sebanyak 180 kes...seorang pelajar tingkatan 1 pengsan tidak sedarkan diri akibat gangguan pernafasan dan dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke wad i.c.u...keputusan ujian darah dari 5 sampel dan disahkan 4 positif telah menghuru-harakan keadaan sekitar setempat, orang ramai berpusu-pusu ke klinik mendapatkan suntikan vaksin virus h1n1...akibatnya, topeng muka diedarkan secara percuma dan pusat pengajian ditutup selama seminggu!!!

Intercontinental Bowling Tournament


Mempersembahkan...perlawanan boling antara guru dan staf...hadiah menarik seperti minuman ringan coca-cola!!...tournament yang membawa kemenangan kepada Cikgu Hafizan merangkap Ketua Guru Asrama dengan 145 jatuhan pin dibawah par...nantikan kemunculan semula tournamet yang berikutnya dengan hadiah menarik menanti anda!..losyen mustajab!!...coming soon!

Definisi : Guanor Demo??Beres atau Tidak??


Mengikut Kamus Dewan Guanor bermaksud pertanyaan kepada seseorang individu samada dia dalam berkeadaan sempurna,O.k atau pun dalam suasana sumbat, jiwa kacau ataupun lapar...hahahha..Zeeee Zeer